fbpx
Anggota bomba mengeluarkan dua mangsa tersepit dalam Isuzu Dmax selepas terbabas ke dalam longkang di KM 46.4 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan di Kulai pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

Lelaki maut tercampak, trak pikap terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Seorang lelaki maut tercampak selepas pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax dinaiki terbabas ke dalam longkang di Kilometer 46.4 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Hanafie Eksan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 5.09 pagi.

Katanya, seramai lima anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian pada jarak kira-kira 30 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam.
“Sebaik tiba dilokasi, pemeriksaan mendapati kenderaan berkenaan dinaiki tiga orang dengan dua daripadanya iaitu Zulhayati Asmat, 50, dan Muhamad Rahiman Zul, 26, dalam keadaan tersepit dan cedera.

“Manakala seorang lagi mangsa iaitu Yunos Md Nor, 42, dipercayai tercampak dari kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Hanafie lagi, anggota pasukannya mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan mereka kepada ambulan, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi menyelamat mangsa itu tamat pukul 6.29 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI