PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melanda enam negeri berdepan cuaca buruk sehingga pukul 9 malam ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak manakala di Pahang adalah Tanah Tinggi Cameron turut terjejas.
“Selain itu, hujan lebat turut dijangka di Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang manakala Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor termasuk Putrajaya turut terlibat.
“Cuaca buruk itu berterusan di Hulu Selangor dan Gombak, Selangor selain Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan,” katanya.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat berterusan melanda Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.
“Bagi Sabah, keadaan sama berlaku di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) di Sabah termasuk Labuan,” katanya. –KOSMO! ONLINE














