fbpx
Igor Thiago. - Foto ihsan Brentford FC

EPL: Igor Thiago bukti status bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Penyerang Brentford, Igor Thiago mencuri tumpuan apabila meledak hatrik pertama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk memacu kemenangan bergaya 4-2 ke atas Everton dalam perlawanan sulung The Bees di Stadium Hill Dickinson, awal pagi tadi.

Pengurus Brentford, Keith Andrews memuji keberanian serta keperibadian pasukannya, sambil menyifatkan kemenangan tersebut sebagai hasil disiplin dan keyakinan tinggi yang dipamerkan sepanjang perlawanan.

“Saya rasa kami bermain dengan sangat baik. Kami bermain dengan keberanian, personaliti dan keyakinan. Kualiti gol-gol Thiago pula berada pada tahap elit, penuh keyakinan, tenang dan tepat pada masanya. Persembahan keseluruhannya sangat cemerlang dan saya benar-benar gembira untuknya,” kata Andrews.

Thiago pula mengakui hatrik tersebut menjadi detik istimewa dalam kariernya, selain berterima kasih kepada rakan sepasukan dan penyokong Brentford atas sokongan berterusan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI