fbpx
Dr Muhamad Akmal.

UMNO tidak pernah minta PMX keluarkan parti dari kerajaan – Dr. Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Pemuda UMNO menegaskan gesaan supaya parti itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan menjadi pembangkang yang bermaruah adalah keputusan dalaman parti, bukannya sesuatu yang perlu dibawa oleh Perdana Menteri ke mesyuarat Kabinet.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya sedar bahawa soal kekal atau keluar daripada kerajaan merupakan hak mutlak parti dan tidak wajar diletakkan di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

“Semalam kita minta UMNO tarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan menjadi pembangkang yang bermaruah.

“Kita tidak pernah minta Perdana Menteri membawa perkara itu ke Kabinet kerana keputusan itu adalah keputusan parti, bukan keputusan kerajaan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mempersoalkan sikap beberapa parti komponen kerajaan negeri Melaka khususnya Amanah dan DAP yang didakwa mahu menunggu keputusan dibawa ke Mesyuarat Exco sekiranya berhasrat untuk keluar daripada kerajaan negeri.

“Kalau rasa berani untuk keluar, keluarlah. Tidak perlu tunggu Mesyuarat Exco kerajaan negeri. Itu keputusan parti masing-masing,” tegasnya.

Menurut Akmal, Kerajaan Negeri Melaka diyakini mampu terus berfungsi dengan baik walaupun tanpa penyertaan parti-parti tertentu dalam pentadbiran sedia ada.

“Insya-Allah kerajaan negeri akan tetap berjalan dengan baik walaupun kamu tiada dalam kerajaan. Apa ada masalah?” katanya.

Terdahulu, kenyataan Pemuda UMNO berhubung hala tuju parti dalam Kerajaan Perpaduan mencetuskan perbahasan hangat dalam kalangan parti komponen di peringkat Persekutuan dan negeri.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN