JAKARTA – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila mendapati isterinya tertinggal di sebuah hentian rehat dan rawat (R&R) di Indonesia, lapor portal berita iNews.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ginaagiya menunjukkan sejumlah individu termasuk si suami sedang berdiri di tepi jalan sambil menunggu ketibaan isterinya. Mereka dikatakan berada dalam konvoi kenderaan.
Rombongan itu kemudian dihampiri sebuah lori yang menumpangkan wanita tersebut.
Kejadian berlaku apabila si suami menyangka bahawa isterinya telah menaiki sebuah kenderaan lain.
Rakaman itu mencatatkan lebih 4.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Dia (isteri berkenaan) sengaja dibuang,” kata seorang netizen.
“Mujurlah dia bawa telefon bimbit,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














