fbpx
Kenderaan bernombor pendaftaran asing mengisi minyak RON95.

Stesen minyak kena tindakan, jual RON95 kepada kenderaan asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah stesen minyak di sini atas kesalahan dibawah Subperaturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan itu susulan siasatan dibuat mendapati pengusaha stesen minyak disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan berhubung larangan penjualan minyak petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing.

Katanya, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) stesen minyak berkenaan telah diambil dan semakan telah dibuat bagi membantu siasatan.

“Kita jalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas stesen minyak berkenaan susulan aduan serta penularan video di media sosial berkaitan dakwaan pengisian minyak RON95 oleh kenderaan bernombor pendaftaran asing dengan taktik menutup sebahagian nombor pendaftaran kenderaan bagi mengelak dikesan.

“Siasatan mendapati pembelian tersebut dibuat menggunakan kaedah tanpa tunai di salah satu pam di stesen minyak berkenaan tanpa membabitkan pengesahan identiti di kaunter,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut bagaimanapun mendapati individu terbabit hanya sempat mengisi sebahagian daripada jumlah pembelian sebelum perbuatan itu dihentikan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI