DALAM pasaran automotif yang semakin kompetitif, memilih sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) bukan sekadar soal gaya tetapi nilai sebenar yang ditawarkan untuk kegunaan harian. Sebagai sebuah SUV kompak baharu, Perodua Traz yang dilancarkan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) pada 17 Disember lalu menggabungkan rekaan moden, praktikaliti, keselamatan dan harga yang realistik untuk rakyat Malaysia. Model itu dibangunkan dengan pelaburan sebanyak RM563.3 juta sejak Mei 2021 dengan kandungan tempatan mencecah 95 peratus. Perodua Traz dibangunkan berasaskan falsafah ‘Engineered Simply’ dengan……














