fbpx
Kenderaan Proton X50 yang dipandu Nurul Nazla (gambar kecil).

Nurul Nazla ditemui selamat, kembali ke wad suami di HSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kehilangan seorang wanita selepas menziarah suaminya di Hospital Shah Alam (HSA) di sini, sejak semalam terungkai apabila dia ditemukan selamat petang tadi.

Nurul Nazla Abd. Halim, 41, kembali ke hospital itu berjumpa suaminya, kira-kira pukul 6.30 petang.

Menurutnya adiknya, Nurul Nadia, 39, perkara itu dimaklumkan kepada ahli keluarga oleh abang iparnya.

“Alhamdulilah, kakak saya sudah ditemui dalam keadaan selamat dan dia datang di wad hospital petang tadi.

“Kami sekeluarga setakat ini tidak mengetahui dia pergi ke mana dan memberi ruang kepadanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! malam ini.

Tambahnya, keluarga turut memaklumkan kepada polis mengenai perkara itu dan diminta hadir menarik semula laporan yang telah dibuat.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak terutama rakyat Malaysia yang mendoakan keselamatan kakak,” ujarnya.

Terdahulu, siasatan awal polis mendapati Nurul Nazla keluar dari HSA selepas melawat suaminya yang ditahan di wad hospital itu, kira-kira pukul 2 petang semalam dengan kali terakhir menghubungi suaminya menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira pukul 3 petang hari sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN