fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kumpulan itu berselawat secara ‘berjemaah’ di tepi laut. - TikTok

Lelaki, wanita selawat beramai-ramai tepi laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekumpulan individu mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam berselawat secara beramai-ramai di tepi sebuah pantai di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @resetfeeds menunjukkan kumpulan yang terdiri daripada lelaki dan wanita itu sedang mengalunkan selawat dan zikir. 

Meskipun terkena percikan ombak, mereka tetap khusyuk dan terus berselawat secara serentak. 

Rakaman itu muncul beberapa hari selepas sekumpulan individu tidak dikenali berzikir di pekarangan Candi Prambanan. 

“Orang lain berjalan kaki sambil berzikir dalam hati,” kata seorang netizen. 

“Apa lagi?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN