MEMANG hangat nama aktres jelita Nadia Brian sepanjang minggu lalu selain daripada tersebarnya foto bergandingan tangan dengan kekasih, Nedim Nadzri.
Gara-gara gaun ungu yang digayakan ketika resepsi Primadona Filem Melayu Alaf Baru, Erra Fazira dengan Ezwan Zain, kecoh laman sosial apabila ada individu tidak berpuas hati.
Rata-rata menyifatkan persalinan rekaan jenama tempatan, Real Studio KL kurang sesuai digayakan ke majlis resepsi yang didakwa ‘overshadow pengantin’.
Nadia pula dalam satu wawancara memaklumkan dia hanya mengikut tema majlis seperti tertera dalam kad undangan iaitu gaun bagi wanita serta tuxedo buat tetamu lelaki.
Jadi berhentilah mengecam sebab mempelai tiada syaratkan jemputan kena ikut tema hitam. Apa pun paling pasti Erra tetap jelita, tiada siapa mampu ‘overshadow’ pengantin pada malam itu.
DIVA: Buruk laku betullah! Kalau naik pentas tak payah tunjuk bulu ketiak berterabur!














