PETALING JAYA – Penduduk di negeri Sarawak dan Sabah dijangka berdepan cuaca buruk sehingga pukul 5 petang ini.
Menerusi laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), cuaca ribut petir dijangka melanda kawasan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu di Sarawak.
“Selain itu, cuaca buruk dilaporkan melanda Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu),” katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih melalui laman web rasmi dan media sosial Metmalaysia serta aplikasi myCuaca. –KOSMO! ONLINE














