fbpx
NIK NATASYA EZLEEN mengakui menangis cari terbaik dia menenangkan diri.

Bermula dari bawah kini jana pendapatan lumayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PESONA Ahad minggu ini mendekati Nik Natasya Ezleen Nik Kamaruzaman, 24, yang memulakan langkah dalam dunia digital menerusi video tutorial tudung sebelum berjaya menjadikan kandungan kreatif sebagai sumber pendapatan tetap.

Anak sulung daripada lima beradik ini berasal dari Manjung, Perak dan kini menetap di Bangi, Selangor.

Tanpa disangka, minatnya terhadap kandungan gaya hidup dan kecantikan membolehkannya menjana pendapatan sehingga RM5,000 sebulan menerusi platform media sosial.

Kepada Kosmo! Ahad, Natasya berkongsi perjalanan hidupnya yang sarat dengan jatuh bangun, sokongan keluarga dan proses mengenal diri sendiri.

KOSMO! AHAD: Boleh ceritakan tentang diri Natasya?
NATASYA: Saya baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Rekod di Universiti Teknologi Mara Mara (UiTM)Puncak Perdana, Kuala Selangor.

Saya anak sulung daripada lima beradik. Bapa saya merupakan bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), manakala ibu pula seorang peniaga kuih dan pencuci mulut.

Bagaimana pengli­batan awal dalam mencipta kandungan bermula?
Sejujurnya, saya seorang yang ‘introvert’ bila di hadapan kamera.

Tetapi sewaktu belajar di UiTM, ada seorang senior menawarkan saya untuk membuat satu kandungan tutorial tudung bawalnya.

Saya ragu-ragu pada awalnya, namun ibu saya yang paling kuat memberikan dorongan. Alhamdulillah, daripada situ semua­nya bermula dan sekarang saya mampu menghasilkan RM5,000 sebulan.

Apa jenis kandungan yang dihasilkan dan kenapa pilih kandungan itu?
Saya banyak menghasilkan kandungan berkaitan kecantikan, penjagaan diri dan fesyen seperti solekan, tudung dan ­‘skincare’.

Saya pernah mengalami masalah ‘breakout’ yang agak teruk sehingga menjejaskan emosi. Jadi saya mahu hasilkan kandungan yang boleh membantu wanita lain membina keyakinan diri.

Selain buat kandungan di media sosial, apa rutin harian Natasya?
Saya sangat meminati dunia membuat kek dan kuih. Sejak berumur 10 tahun saya sudah belajar berniaga jual pencuci mulut.

Selain itu, saya juga suka bermain kasut roda bersama adik setiap hujung minggu.
Kadang-kadang, saya juga menjadi model atau ‘canvas’ untuk rakan-rakan yang memerlukan bantuan daripada saya.

Apa cabaran terbesar pernah dilalui setakat ini?
Dalam kehidupan, semua orang akan diuji dengan ujian berbeza, namun itu semua untuk membuatkan kita lebih kuat.

Saya pernah diuji dengan mempunyai segalanya dan kemudian kehilangan semua yang saya ada.
Daripada situ saya belajar bahawa dunia ini bukan milik kita. Kalau Allah mahu menarik sesuatu, sekelip mata sahaja boleh hilang.

Bila rasa stres atau penat, bagaimana cara tenangkan diri?
Menangis. Ya, itu saja cara saya untuk tenangkan diri.

Kawan-kawan saya semua ejek saya ‘cengeng’ (kuat menangis).

Tetapi lepas saya menangis, saya rasa lebih tenang, terutama sekali dari segi mental. Otak saya mula berfikir dengan lebih baik selepas menangis.

Apa satu perkara penting tentang diri yang Natasya sedari?
Saya seorang yang sentiasa bersangka baik dengan orang, walaupun kadang-kadang ia menyakitkan diri sendiri.

Saya mudah memaafkan dan cuba memahami keadaan orang lain walaupun mereka melayan saya dengan buruk.

Di mana Natasya melihat diri lima tahun akan datang?
Saya impikan untuk mempu­nyai perniagaan sendiri.

Walaupun saya pemalu, saya mahu balas jasa dan pengorbanan ibu saya. Kebahagiaan ibu adalah impian terbesar saya.

Apa Azam tahun baharu?
Untuk 2026, saya mahu menjadi insan yang lebih tenang, sabar dan tahu bila perlu bercakap. Saya tidak mahu lagi tanpa sedar melukai perasaan orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN