fbpx
Putri Qisya (empat dari kanan) ketika menunaikan umrah bulan lalu.

‘Alhamdulillah Qisya dapat masuk MRSM’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, yang kehilangan enam ahli keluarga dalam tragedi Sungai Korok dekat sini bersyukur apabila menerima tawaran belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menurut Putri Qisya, dia sangat gembira kerana mendapat tawaran belajar di MRSM Kubang Pasu yang merupakan pilihan pertamanya.

“Alhamdulillah ini adalah salah satu doa saya ketika menunaikan umrah pada bulan lepas bersama keluarga ibu saudara saya (Nur Adliah Syuhada Ishak).
“Banyak yang saya doa termasuk untuk kesejahteraan arwah ibu bapa serta adik beradik saya dan saya doa supaya dapat peluang ke MRSM untuk meneruskan impian arwah untuk jadi juruterbang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, dia berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak akan sesekali mensia-siakan peluang tersebut.

Menurut Putri Qisya yang akan mendaftar masuk ke MRSM tersebut pada 13 Januari nanti, dia kini sibuk membeli persiapan sekolah termasuk asrama bersama keluarganya.

“Saya sudah mula beli apabila dapat tahu mengenai tawaran ini. Rasa seronok namun ada terasa sedih juga apabila teringat arwah ibu bapa saya yang sebelum ini merekalah yang sibuk membeli kelengkapan bersama.

“Apa pun saya berjanji untuk kuat kerana keluarga yang lain banyak membantu dan memberi sokongan. Banyak juga yang membantu saya dan keluarga,” jelasnya.

Ketika ditanya perasaannya ketika perlu menetap di asrama, kata Putri Qisya, dia berharap untuk membiasakan diri dengan persekitaran baharunya itu kelak.

“Salah satu pilihan saya adalah MRSM Kubang Pasu kerana tidak jauh. Keluarga masih mudah untuk menjenguk saya di situ

“Saya berhasrat untuk berdikari dan belajar sungguh-sungguh di MRSM ini. Saya tidak mahu mengecewakan keluarga dan mereka yang banyak membantu saya sebelum ini,” katanya.

Putri Qisya menjadi yatim piatu sekelip mata setelah ibu bapanya, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, ditemukan lemas di Sungai Korok pada Julai tahun lepas.

Turut terkorban empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar, enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI