fbpx
Tangkap layar video menunjukkan si ibu memberikan wang kepada anak-anaknya. - TikTok

8 anak terima duit ‘berkepuk’ daripada ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang ibu di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial apabila menghadiahkan wang sebanyak 5 juta rupiah (RM1,200) setiap seorang kepada lapan orang anaknya, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @sygatta menunjukkan wanita itu menyerahkan sejumlah wang yang diikat dengan getah kepada anak-anaknya di dalam rumah. 

Lebih mengejutkan, anak-anaknya kelihatan sudah berusia. 

Pemilik akaun tersebut, Titis Kusuma Dewi menjelaskan bahawa ibunya lebih suka memberi berbanding menerima apa-apa jenis hadiah daripada anak.

Titis menambah bahawa ibunya memiliki lapan orang anak dan 19 cucu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

“Terbalik, sepatutnya anak memberi duit kepada ibu,” kata seorang netizen. 

“Anak-anak jangan lupa jaga ibu kalau sakit,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI