fbpx
Muhammad Faiz pada Program Madani: Anak Nelayan ke Sekolah di Klang hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

LKIM fokus latih tekong, pacu akuakultur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Lembaga Kemajuan Ikan Selangor (LKIM) menekankan pembangunan tekong tempatan dan akuakultur sebagai strategi memperkukuhkan sektor perikanan negara.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Selangor (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, langkah ini dilihat penting bagi memastikan kelestarian sumber laut sambil membuka peluang pendapatan baharu untuk nelayan.

“Cabaran utama ialah sektor perikanan masih bergantung kepada tekong luar, walaupun negara mempunyai 80,000 nelayan.

“Kita mahu kapal nelayan tempatan dikendalikan sendiri tanpa bergantung kepada tekong asing,” katanya ketika ditemui pada majlis Program Madani: Anak Nelayan ke Sekolah di sini, hari ini.

Menurut beliau, LKIM menyasarkan melatih 100 tekong tempatan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam industri perikanan.

Muhammad Faiz menambah, semua aset dan tanah LKIM akan digerakkan semula untuk pembangunan akuakultur yang sebelum ini terbantut dengan sasaran 40 peratus hasil laut dicapai menjelang 2030.

“Kita telah bekerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu untuk mengenal pasti peserta dan menyediakan latihan praktikal.

“Walaupun kos projek akuakultur agak tinggi, pendekatan tangki berskala kecil membolehkan nelayan mengusahakan projek secara individu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI