CARACAS – Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez hari ini menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk menunjukkan bukti pemimpinnya, Nicolas Maduro yang ditangkap bersama isteri, masih bernyawa.
Dalam temu bual telefon ringkas kepada stesen penyiaran TV Venezuela, Rodriguez berkata, beliau tidak tahu keberadaan Maduro dan isterinya, Cilia Flores selepas AS melancarkan serangan di Caracas dan beberapa bandar lain.
Terdahulu, Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa Maduro dan Flores telah ditangkap oleh tentera AS dan diterbangkan keluar dari negara itu. – AFP














