DALAM pengurusan diabetes, kita biasanya memberi tumpuan kepada pemakanan, senaman dan ubat-ubatan, tetapi tahukah anda bahawa tidur juga penting? Terdapat hubungan biologi antara tidur dan gula dalam darah. Bagi pesakit diabetes, tidur yang tidak cukup atau tidak berkualiti menyebabkan dua masalah. Pertama, badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin dan kedua, hormon tekanan (kortisol) yang meningkatkan gula dalam darah. Ini bermakna walaupun pemakanan dan ubatan anda sempurna, kekurangan tidur sudah cukup untuk menggagalkan kawalan gula dalam darah anda. Kitaran buruk pun……














