fbpx
SEBANYAK lima notis NPK dikeluarkan oleh SWCorp Melaka dalam operasi penguatkuasaan dijalankan di Encore, Klebang, semalam.

Lima lelaki kena Khidmat Masyarakat buang sampah di Encore Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Lima lelaki yang didapati membuang sampah di kawasan Encore di Klebang di sini semasa sambutan ambang Tahun Baharu kini berdepan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) yang berkuat kuasa semalam.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka, Nor Zaki Md. Nor berkata, kumpulan itu adalah yang pertama di negeri ini dikenakan tindakan di bawah perintah berkenaan.

Katanya, kesemua individu terbabit yang berusia antara 20 hingga 60 tahun telah diberikan notis pemberitahuan kesalahan (NPK) oleh penguat kuasa SWCorp yang menjalankan operasi sepanjang sambutan tersebut.

“Notis pemberitahuan kesalahan telah dikeluarkan selepas individu terlibat dikesan membuang puntung rokok, botol plastik, tin minuman, kertas tisu dan bungkusan makanan di tempat awam.

“Kesemua mereka akan didakwa di Mahkamah Melaka dan berdepan kemungkinan dikenakan khidmat masyarakat di tempat awam selama 12 jam,” ujarnya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jelasnya, tindakan itu diambil di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Mengulas lanjut beliau berkata, penguatkuasaan itu dijalankan serentak di negeri lain yang terlibat iaitu Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Kedah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Setakat semalam, seramai 42 pesalah di seluruh negara telah diambil tindakan atas kesalahan berkaitan kebersihan awam.

“Penguatkuasaan ini bertujuan mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran dan orang awam digalakkan menyalurkan aduan kepada SWCorp melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-210 7472 bagi membantu usaha penguatkuasaan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN