fbpx
GAMBAR fail asap akibat letupan dilakukan Israel di Garisan Hijau, Gaza, hujung tahun lalu. - Foto AFP

Israel serang Gaza pada tahun baharu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya seorang rakyat Palestin terbunuh, manakala seorang lagi cedera dalam serangan Israel di  Semenanjung Gaza sepanjang 24 jam lalu, lapor portal berita New Arab kelmarin, memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza.

Menurut saluran berita Al Jazeera, seorang kanak-kanak turut terbunuh akibat serangan tentera Israel di kawasan Jabalia an-Nazla di utara Gaza.

Satu lagi mayat ditemui di bawah runtuhan akibat serangan Israel sebelum ini, demikian menurut kenyataan kementerian berkenaan.

Menurutnya, Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 416 rakyat Palestin dan mencederakan 1,153 yang lain sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025. 

Kira-kira 683 mayat turut dikeluarkan dari bawah runtuhan bangunan sepanjang tempoh tersebut.

Israel juga mengharamkan 37 organisasi bantuan, termasuk Oxfam dan Doctors Without Borders selepas kumpulan tersebut enggan menyerahkan butiran kakitangan mereka susulan tuduhan tanpa bukti hubungan mereka dengan Hamas.

Larangan Israel itu mengundang kecaman Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) yang memberi amaran bahawa tindakan sedemikian akan memburukkan lagi keadaan yang sudah amat kritikal.

Di Gaza, keluarga-keluarga Palestin memulakan tahun baharu dengan sedikit harapan, ketika Israel semakin memperketatkan sekatan, manakala bantuan kemanusiaan semakin berkurangan.

Sementara itu, di Tebing Barat, seorang rakyat Palestin terbunuh, manakala dua yang lain cedera akibat tembakan Israel di kampung Luban al-Sharqiya, Nablus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI