fbpx
HOJLUND menambat hati barisan kejurulatihan Napoli dengan prestasi cemerlangnya musim ini. - AFP

Hojlund tidak kembali ke Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAPLES – Usaha tanpa henti Rasmus Hojlund untuk terus menampilkan prestasi cemerlang agar dia tidak kembali ke Manchester United seakan sudah membuahkan hasil apabila dia dijangka kekal menyarung jersi Napoli.

Ia selepas Pengarah Sukan Napoli, Giovanni Manna mengesahkan penyerang pinjaman United itu akan dibeli secara tetap pada penghujung saingan musim ini.

Hojlund, 22, sebelum ini terpaksa ‘dibuang’ daripada Old Trafford susulan penstrukturan semula barisan serangan United musim panas lalu yang menyebabkannya dipinjamkan ke Napoli awal musim ini.

Bintang Denmark kembali ke Itali dengan misi menghidupkan semula kariernya dan sasaran itu dilihat tercapai selepas menjaringkan sembilan gol dalam semua pertandingan bersama pasukan kendalian Antonio Conte.

Bukan itu sahaja, dia turut membantu Napoli merangkul kejuaraan Piala Super Itali sekali gus menjadi trofi pertamanya bersama kelab.

“Ada pilihan untuk membeli jika kami layak ke Liga Juara-Juara Eropah. Pemain itu (Hojlund) menganggap dirinya sebagai pemain Napoli, dan begitu juga kami. Jadi ia amat penting,” kata Manna.

Walaupun United menandatangani Hojlund dari Atalanta pada 2023 dengan yuran awal £64 juta (RM350 juta), Napoli dijangka cuma perlu membayar sekitar £38 juta (RM207.8 juta) untuk melengkapkan perpindahannya secara tetap.

Sebagai rekod, Hojlund sudah meledak enam gol dan satu bantuan jaringan daripada 12 aksi Serie A musim ini yang menyaksikan Napoli kini berada di tangga ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN