fbpx
Bernas turut menyampaikan bantuan beras kepada lebih 100 keluarga asnaf dan B40 semasa penyerahan sumbangan bersama YaPEIM di Cherang Ruku, Kelantan.

Bernas santuni 6,000 penerima, sumbang barangan sekolah, makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Lebih 6,000 mangsa banjir termasuk pesawah, asnaf dan keluarga B40 di kawasan Simpang Empat, Perlis dan Cherang Ruku, Kelantan menerima bantuan barangan persekolahan kotak makanan daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Menurut Pengurus Kanan Unit Bekalan Skim Wilayah Utara, Haslizan Hashim, inisiatif pasca banjir ini mencerminkan komitmen berterusan Bernas dalam membantu meringankan beban komuniti pesawah yang terkesan.

“Selain bantuan persediaan persekolahan dan kotak makanan, kami turut menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf dan keluarga B40 bagi memastikan keperluan asas mereka dapat dipenuhi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Haslizan, tumpuan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak yang bakal memasuki sesi persekolahan baharu agar mereka dapat memulakan tahun dengan lebih bersedia dan tenang.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan tekanan kewangan mangsa banjir, terutamanya keluarga yang sedang berusaha membina semula kehidupan pasca bencana,” katanya.

Dalam pada itu, Bernas turut menyalurkan bantuan sebanyak RM20,000 bagi membaik pulih infrastruktur di Masjid At-Taqwa, Pekan Cherang Ruku, Pasir Puteh, dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPIEM).

Pemangku Ketua Divisyen Sumber Dana YaPEIM, Tengku Idzmul Aziim Tengku Alang berkata, selain sumbangan kewangan, Bernas turut menyampaikan bantuan beras kepada keluarga yang memerlukan.

“Kami berharap kerjasama ini dapat terus diperkukuh bagi menyokong usaha membantu golongan terkesan secara lebih menyeluruh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN