JAKARTA – Dua gadis di Sidoarjo, wilayah Jawa Timur menerima kecaman orang ramai selepas dirakam bersahaja menghalang sebuah tren yang bergerak laju di persimpangan landasan kereta api, lapor portal berita Suara Surabaya.
Kejadian berlaku sekitar pukul 5.20 petang (waktu tempatan) di Laluan Komuter Jenggala baru-baru ini.
Rakaman video kejadian menunjukkan kedua-dua gadis itu melintasi landasan sebelum salah seorang daripada mereka berhenti di tengah landasan dan melambai ke sebuah kereta api yang menghampiri ke arah mereka.
Jarak antara mereka dan kereta api tersebut kira-kira 20 meter.
Rakaman itu menjadi tular sehingga ditonton olehPengurus Perhubungan Masyarakat KAI Daop 8 Surabaya, Mahendro Trang Bawono.
“Kami sudah memberi nasihat kepada pelaku dan keluarganya. Kami bersyukur kerana perbuatan itu tidak membawa kepada kemalangan jiwa,” kata Mahendro. – AGENSI














