PETALING JAYA – Trend mempromosikan ubat diabetes yang digunakan untuk kurus kini semakin berleluasa di media sosial.
Lebih membimbangkan kata Public Health Malaysia (PHM) di aplikasi Threads, individu yang mempromosikan ubat tersebut adalah dalam kalangan pengamal profesional.
“Kami melihat trend membimbangkan di media sosial apabila ubat diabetes yang digunakan untuk kurus dipromosikan secara terang-terangan oleh pengamal profesional.
“Sesungguhnya, ubat ini ‘sold out’ satu negara disebabkan ramai yang ingin mencari dan wujud penipuan kerana ramai terdesak untuk mendapatkannya,”tulisnya.
Ekoran fenomena itu kata PHM, orang ramai yang memerlukan ubat itu untuk rawatan penyakit menjadi sukar mendapatkan bekalan ubat tersebut.
“Lebih parah, yang sedang menggunakan ubat ini pula mengalami kesukaran untuk meneruskan ubat tersebut kerana ketiadaan stok,”kata PHM.- KOSMO! ONLINE














