fbpx
Keadaan kereta Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 23, Jalan Seremban-Kuala Pilah, di Kuala Pilah malam tadi.

Penunggang maut dilanggar pemandu positif ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar pemandu kereta yang positif kanabis (ganja) di Kilometer 23, Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu, kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun dan motosikal jenis Honda ditunggang mangsa iaitu lelaki berusia 28 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu kereta dari arah Seremban hendak menghala ke Felda Keratong. Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta telah hilang kawalan dan masuk ke laluan motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Penunggang motosikal yang bekerja sebagai pembantu kedai makan tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dan disahkan maut di lokasi kejadian, manakala, pemandu kereta mengalami kecederaan ringan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk proses bedah siasat pagi ini.

“Hasil saringan awal air kencing ke atas pemandu kereta juga mendapati pemandu kereta postif dadah jenis THC (cannabis). Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, manakala bahagian narkotik pula membuka siasatan berkaitan penyalahgunaan dadah,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN