GEORGE TOWN – Walaupun durian musang king di negeri-negeri lain ‘turun takhta’ apabila harganya merudum, namun durian kayangan itu di Balik Pulau di sini, masih kekal berada di ‘ranking’ teratas. Malah, harga jualan musang king Balik Pulau tetap tinggi antara RM45 hingga RM65 sekilogram berbanding negeri-negeri lain yang mengalami kejatuhan harga sehingga RM10 sekilogram. Seorang peniaga durian Balik Pulau, Johan Abu bakar, 42, berkata, rata-rata peniaga di daerah itu kini berdepan dengan fenomena ‘perang harga’ musang king dari Perak dan…














