Lebih kurang 11 hari lagi, musim persekolahan baru akan bermula. Setiap tahun, tarikh sesi persekolahan baru lebih kurang sama saja waktunya dan sepatutnya tidak lagi mengejutkan mana-mana ibu bapa. Namun setiap kali musim persekolahan baru tiba, ada saja keluhan tentang kos persiapan sekolah untuk anak-anak kedengaran. Kasut mahal, kos pakaian seragam meningkat atau alat tulis perlu diganti baru dan macam-macam lagi. Semuanya dikatakan membebankan. Yang menghairankan, keluhan itu sering datang daripada mereka yang sebelum ini tidak terlalu berkira untuk berbelanja……














