fbpx
Ular sawa gergasi itu bersembunyi di dalam tasik di Taman Tasyek Kota Kijang. - Andri Dwi Sasmito

Hati-hati, ada ular gergasi sembunyi dalam tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Bintan, wilayah Riau digemparkan dengan kemunculan seekor ular sawa gergasi yang bersembunyi di dalam tasik, lapor portal berita Ulasan. 

Penemuan itu dibuat oleh penduduk tempatan di Taman Tasyek Kota Kijang semalam. 

Rakaman video yang dikongsikan di platform WhatsApp menunjukkan reptilia itu bersembunyi di bawah tong air berwarna biru yang berfungsi untuk mengapungkan jambatan. 

“Semalam, ada orang ternampak ular sawa gergasi di bawah tong-tong air. Ia sangat mengerikan kerana kanak-kanak suka berenang di kolam itu,” kata seorang penduduk tempatan. 

Dia berharap agar pihak berkuasa dapat turun ke lokasi kejadian dan menangkap ular tersebut supaya tiada kemalangan jiwa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN