fbpx
Abu Bakar hari ini mengumumkan 1 Januari 2026 sebagai Cuti Hari Peristiwa bagi negeri Perlis.

Esok cuti peristiwa di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis mengisytiharkan esok sebagai Hari Cuti Peristiwa selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

“Pemberian cuti peristiwa ini adalah satu bentuk penghargaan buat seluruh penjawat awam dan rakyat negeri Perlis yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baharu 2026 peringkat negeri yang diadakan pada hari ini.

“Diharapkan dengan pengumuman ini dapat memudahkan segala urusan semua rakyat untuk hadir menjayakan karnival ini dan mengatur segala perancangan sebaiknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN