PETALING JAYA – Menara Berkembar Petronas (KLCC) menarik perhatian ramai apabila lampunya secara tiba-tiba menukar corak lewat malam tadi.
Menerusi perkongsian di Threads oleh @ainulnasuha, rakaman menunjukkan lampu KLCC menukar corak secara spontan, membuatkan ramai teruja dan merakam momen berkenaan.
“Weh, pertama kali tengok KLCC berjoget. Tengah cuba lampu ke tadi? Dapat tengok sekejap saja, lepas tu kembali biasa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut teruja dan ada juga yang berkongsi menyaksikan perkara sama.
“Ya weh. Terkejut juga waktu begini (1.55 pagi) KLCC belum tutup lampu,” komen Lissa Ali.
“Wah kita berjiran ni. Sekarang pukul 1.28 pagi pun masih berjoget lampunya,” kata Muizzqeen.
“Raptai malam tahun baharu mungkin. Harap ada lah bunga api nanti. Sudah dua tahun kena tipu tidak ada bunga api,” komen Hafizie. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














