fbpx
Orang ramai mengambil peluang bergambar menggunakan khidmat jurugambar jalanan.

‘Kami hanya mahu cari duit sampingan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Rata-rata jurugambar jalanan di sekitar Menara Berkembar Petronas KLCC menyatakan hanya mahu menambah pendapatan dengan menangkap gambar sekitar bangunan ikonik itu.

Seorang jurugambar jalanan, Juman Jocson Jutam, 34, yang berasal dari Sabah menyatakan dia memang ada kerja tetap tetap menjadi jurugambar itu hanyalah kerja sambilan.

“Saya bekerja sebagai promoter sepenuh masa, jadi jurugambar jalanan hanyalah untuk tambah pendapatan bulanan

“Kerja depan KLCC ini tidak tentu masa mula pukul berapa, habis pukul berapa. Pernah beberapa kali dihalau sebab dikira halang lalu lintas. Kami tak berhenti sebab perlu cari duit lebih. Pihak berkuasa pun tak menentu masa datang. Biasanya kalau ada aduan, baru mereka datang,” ujarnya.

Sementara itu, seorang anggota polis yang bertugas di sekitar KLCC, mahu dikenali Abdul Aziz, 28, menjelaskan, pihak polis mempunyai bidang kuasa terhad terhadap kegiatan tersebut.

“Polis yang berada di sekitar tak boleh buat apa-apa sebab mereka buat aktiviti itu di luar kawasan jagaan kami.

“Mereka ini pernah dihalau, tetapi biasanya akan datang semula selepas dua atau tiga hari,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN