fbpx
GAMBAR HIASAN

Semenanjung cerah, hujan lebat di Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di dua negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 1 tengah hari.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Kuching dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).

“Menurut MetMalaysia, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Sabah membabitkan Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI