PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang ini di beberapa negeri.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melibatkan Perak di Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Turut terlibat, seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Di Negeri Sembilan daerah terlibat termasuk Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.
“Sementara itu, amaran ribut petir itu juga turut dijangka bagi Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song),” katanya.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat. – KOSMO! ONLINE














