KLANG – Seorang penunggang motosikal maut tersepit dibawah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Kapar Batu 5 berhampiran Tanah Perkuburan Islam Batu 4 di sini, hari ini.
Mangsa merupakan lelaki berusia 35 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.03 tengah hari ini.
Katanya, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara kemudiannya tiba di lokasi kejadian, empat minit kemudian.
“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Xtrail dan sebuah motosikal jenis Kawasaki Ninja 250.
” Penunggang motosikal tersebut tersepit dibawah kendeeaan berkenaan dan berjaya membawa sebelum disahkan maut oleh pihak KKM,” katanya hari ini.
Jelas beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE














