fbpx
PLAT kenderaan BB12 dijual pada harga RM10.6 juta. - Foto Gulf News

Nombor plat BB12 dijual lebih RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBAI – Plat kenderaan BB12 muncul nombor paling mahal apabila dijual pada harga AED9.66 juta (RM10.6 juta) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor portal berita ARN News Centre semalam.

Lelongan terbuka ke-120 yang berlangsung Sabtu lalu oleh Pihak Berkuasa Jalan Raya dan Pengangkutan (RTA) Dubai itu menyaksikan bidaan tinggi untuk nombor pendaftaran premium.

Tempat kedua milik nombor pendaftaran AA25 yang dijual melebihi AED8 juta (RM8.84 juta). 

Nombor bernilai tinggi lain termasuk BB30 yang mencatat harga AED6.74 juta (RM7.4 juta).

Ia diikuti CC100 yang mencatat harga jualan AED4.21 juta (RM4.65 juta).

Setakat ini, nama-nama pemenang dalam bidaan itu tidak didedahkan.

Secara keseluruhan, sebanyak 90 nombor pendaftaran istimewa menampilkan gabungan dua hingga lima digit ditawarkan merangkumi beberapa kod huruf.

RTA memaklumkan bahawa lelongan itu mencerminkan minat berterusan kepada nombor pendaftaran eksklusif dan kejayaan sistem lelongan telus yang memberikan akses sama rata kepada semua pembida. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI