fbpx
PELAKON Amy Nur Tinie rela hidup sederhana daripada sanggup menjadi isteri ketiga untuk mendapat kemewahan dan harta benda.

‘Jadi isteri ketiga dapat RM50,000 sebulan, banglo, 10 ekar tanah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon tinggi lampai, Amy Nur Tinie mendedahkan pernah menerima lamaran mengejutkan untuk menjadi isteri ketiga kepada seorang lelaki kenamaan berpangkat VVIP lengkap bersama tawaran kemewahan luar biasa.

Ujar Amy atau nama sebenarnya Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 29, tawaran sebegitu datang ketika dia aktif mengendalikan majlis korporat sebagai pengacara, sekali gus membuka ruang perkenalan dengan individu berprofil tinggi.

“Saya memang kerap jadi pengacara majlis korporat. Jadi, tidak pelik bila ada VVIP cuba minta nombor telefon, ajak makan malam dan sebagainya.

“Ada satu ketika, seorang VVIP datang terus terang mahu saya jadi isteri nombor tiga, siap tawarkan sebuah banglo, sebuah kereta, tanah seluas 10 ekar dan elaun RM50,000 sebulan,” katanya dalam sebuah program audio siar.

Pun begitu, pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu memilih untuk menolak lamaran berkenaan walaupun tawaran tersebut mampu menjamin kehidupan mewah tanpa perlu bersusah payah.

Katanya, pengalaman itu membuatkan dirinya lebih yakin memilih untuk hidup solo sehingga kini, selain mahu membina kejayaan sendiri tanpa bergantung kepada kekayaan orang lain.

“Saya tak mahu sebab usia dia sebaya ayah saya. Kita bangun pagi bukan nak tengok duit semata-mata, tapi nak tengok wajah juga.

“Sebab itu saya pilih untuk single. Kalau nak hidup senang, memang mudah terima tawaran itu. Tapi saya mahu berjaya dengan cara betul.

“Biar saya guna kudrat sendiri, tolong keluarga dengan rezeki halal, bukan jalan pintas,” dedahnya.

Paling penting kata Amy, kekayaan bukan keutamaan utama dalam membina rumah tangga.

“Kalau tak kaya sangat pun tak mengapa, janji bertanggungjawab dan kewangan stabil.

“Kalau dapat lelaki kaya itu bonuslah. Rupa pun biarlah sedap mata memandang.

“Kalau ada rupa macam Robert Downey Jr, saya okey saja. Tapi kalau rupa macam atuk-atuk, maaflah,” tegasnya.

Isu tawaran menjadi isteri kedua atau ketiga bukan perkara asing dalam industri hiburan tempatan, malah sebelum ini beberapa selebriti wanita lain turut pernah berkongsi pengalaman hampir sama, sekali gus mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN