fbpx
Gambar bertarikh 22 Ogos lalu menunjukkan seorang askar Kemboja melihat dawai berduri dan tayar yang diletakkan tentera Thai di wilayah Banteay Meanchey. - AFP

Baru 2 hari, gencatan senjata Thai-Kemboja sudah rapuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Tentera Thailand menuduh Kemboja melanggar perjanjian gencatan senjata yang baru ditandatangani selepas pertempuran maut selama berminggu-minggu, yang memaksa hampir sejuta orang meninggalkan rumah mereka, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Dalam satu kenyataan, tentera Thailand berkata, lebih 250 kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dikesan terbang dari pihak Kemboja pada malam Ahad lalu.

Gencatan senjata itu berkuat kuasa pada tengah hari (waktu tempatan) Sabtu lalu. 

Kedua-dua pihak bersetuju untuk menghentikan pertempuran di barisan hadapan, melarang penempatan semula tentera dan membenarkan orang awam yang tinggal di kawasan sempadan untuk kembali ke rumah secepat mungkin.

Ia dilihat sebagai satu kejayaan yang berlaku selepas beberapa hari rundingan antara kedua-dua negara, dengan galakan diplomatik daripada China dan Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan semalam, Tentera Diraja Thailand berkata, tindakan Kemboja merupakan provokasi dan pelanggaran langkah-langkah yang bertujuan untuk mengurangkan ketegangan.

“Ia tidak konsisten dengan terma gencatan senjata,” katanya.

Tambahnya lagi, ia mungkin perlu mempertimbangkan semula pembebasan 18 askar Kemboja yang ditahan di Thailand sejak Julai lalu.

“Thailand akan wajib bertindak mengikut yang sepatutnya (sekiranya) pelanggaran perjanjian dan kedaulatan negara berterusan,” jelasnya.

Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn menyifatkan insiden itu sebagai isu kecil berkaitan penerbangan dron yang dilihat oleh kedua-dua pihak di sepanjang sempadan, lapor agensi berita AFP. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI