fbpx
Tangkap layar video memaparkan kesesakan di Gua Musang.

[VIDEO] Kelantan sesak teruk, 11 jam dari Tanah Merah ke Bangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tempuh perjalanan selama 11 jam dari Tanah Merah, Kelantan ke Bangi, Selangor.

Itu antara situasi dihadapi perantau yang mengharungi kesesakan jalan raya sempena musim cuti sekolah ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, beberapa lebuh raya utama mengalami kesesakan teruk semalam ekoran pertambahan kenderaan.
Seorang pengguna dikenali sebagai Airulminn berkata, dia menempuh perjalanan lebih 11 jam dari Tanah Merah, Kelantan kerana kesesakan teruk di Gua Musang.

“Tanah Merah ke Bangi. 11 jam 30 minit, Gua Musang punya pasal,” katanya.

Selain itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Honey Wee berkata, dia turut mengharungi kesesakan lalu lintas yang mengambil masa lebih 10 jam untuk ke Machang, Kelantan.

“Akulah salah seorang dalam jem ni semalam. Gerak dari Melaka pukul 12 tengah hari, Alhamdulillah 10.45 malam sampai bumi Machang. Jem tapi bergerak, yang tak bergerak hala ke Kuala Lumpur, dapat jugalah merasa suasana jem,” katanya.

Sementara itu, sorang lagi pengguna Bboyka berkata, hampir di semua tempat mengalami kesesakan lalu lintas sempena musim cuti sekolah ini.

“Rata-rata tempat sesak, saya dari Melaka nak Kedah pun sampai 15 jam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@ariffin.mukhtar.iiJemm Gua Musang harini. 28 dis 2025♬ original sound – Ummi – AHMAD SIR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN