fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Akademiakmal di laman TikTok.

[VIDEO] Empat beradik raih gelaran Al-Hafiz dan Al-Hafizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejayaan empat beradik dalam sebuah keluarga mencatat sejarah tersendiri apabila kesemua mereka berjaya mendapatkan gelaran al-Hafiz dan al-Hafizah Al-Quran.

Menerusi hantaran rasmi di akaun TikTok @Akademiakmal, Wan Muhammad Alwa’ez diumumkan sebagai anak bongsu daripada empat adik beradik yang berjaya menamatkan penghafalan al-Quran.

Dalam masa sama, tiga orang kakaknya kini sedang membuat persiapan untuk menerima syahadah 30 juzuk di akademi sama.

Pihak akademi melalui kapsyen turut merakamkan ucapan tahniah kepada ibu bapa kepada empat beradik ini Dan mendoakan keberkatan buat mereka sekeluarga.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terharu terhadap hantaran tersebut.

“Tahniah untuk kedua ibu bapa. Anda memang hebat. Keluarga cemerlang,” ujar @Fauziahfadzim.

“Tahniah untuk ibu ayah yg berjaya mendidik anak-anak sampai jadi hafiz dan hafizah,” kata @Ianieeza.

“Tahniah buat ibu ayah kerana memilih jalan perjuangan dan pengorbanan seperti ini, anda memberi inspirasi,” kata @Ummi4N_Azila.- KOSMO! ONLINE

@akademiakmal Bukan seorang tapi 4 orang anaknya kini bergelar Al-Hafiz & Al-Hafizah Al Quran. MashaAllah tabarakallah 😭 Hari ini giliran anaknya Waez Al-Hafiz pula. Subhanallah. Manakala ketiga-tiga kakaknya kini sedang menyiapkan diri dengan syahadah 30 juzuk juga di AKMAL. Doakan mereka semua. Moga Allah berkati keluarga ini. Tahniah buat kedua pasangan yang kami terinspirasi @wanazuadi_ atas anugerah terbesar ini. #akmalspeedtahfizprogramme #akademiakmal #hafizsetahun #hafizquran #keluargahafizquran ♬ original sound – Suria Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN