NILAI – Siapa sangka di sebalik namanya yang agak menakutkan dan pelik, Roti Pocong sebenarnya mempunyai peminat sendiri terutama ketika berlangsungnya karnival makanan atau bulan Ramadan. Menu istimewa itu hasil sentuhan bekas cef, Muhammad Firdaus Kamaruddin, 40 yang membina perniagaan berasaskan minat, kesungguhan dan kreativiti sejak tahun 2019. Firdaus berkata, idea asal tercetus daripada murtabak, sebelum diolah menjadi roti berinti dengan konsep lebih moden dan berbeza. “Kami tidak jual setiap hari. Biarlah orang rasa teruja, tunggu setahun sekali. Sebab itu……














