fbpx
Gambar hiasan

Pegawai kanan Tentera Darat masuk ICU, tidak hadir keterangan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pegawai kanan Tentera Darat (TD) dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sekali gus menyebabkan beliau gagal memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Sumber berkata, pegawai berkenaan masih menerima rawatan dan belum dapat dirakam keterangan.

“Setakat ini, SPRM telah merakam keterangan lima pemilik syarikat, dan jumlah keseluruhan saksi yang telah dipanggil bagi membantu siasatan adalah 10 orang,” katanya.

Menurut sumber, siasatan kini memfokuskan kepada aliran wang yang disyaki masuk ke dalam akaun milik seorang pegawai kanan Tentera Darat, yang kini disiasat sebagai suspek kes rasuah melibatkan projek perolehan Tentera Darat.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan sedang menyiasat kira-kira 40 buah syarikat disyaki terlibat dalam pemberian wang rasuah yang dijalankan secara berperingkat.

Sabtu lalu, SPRM telah menjalankan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.

Beberapa barangan mewah bernilai tinggi termasuk jam tangan dan beg tangan mewah yang dipercayai berkait dengan siasatan telah disita SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dilaporkan akan bercuti bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pegawai kanan itu akan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI