fbpx
Syafeek memaklumkan imej bertatu hanya sekadar gimik single terbaharunya.

Tayang badan bertatu, Syafeek Ikhwan pula memanas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GARA-GARA berkongsi gambar tanpa berbaju yang menonjolkan tatu ketika berada dalam tab mandi, nama penyanyi Syafeek Ikhwan mula disebut-sebut.

Sekadar gimik bagi memperkenalkan lagu berjudul Pernah Mati-Matian, konsep diketengahkan nampaknya menjadi apabila tindakan tersebut meraih kecaman ramai.

Enggan membiarkan ramai salah faham, juara i-Sing Dunia 2018 itu tampil menjelaskan apa yang dipaparkan hanya metafora kepada keadaannya ketika itu.

Diva bukan ‘joy killer’, cuma tertanya-tanya motifnya memilih tema sebegitu yang tentu sahaja menimbulkan prasangka segelintir pihak.

Apa pun, gimik bekas peserta Big Stage Alpha 2025 itu menyebabkan namanya jadi sebutan dan secara tidak langsung dapat promosikan lagu baharu berkenaan.

DIVAMasih tertanya-tanya isu rujuk antara Datuk Red dan Adira. Apa cerita sebenarnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN