fbpx
Agustine Fernando dipercayai dibaham buaya ketika menjala udang di Sungai Kelai, Pulau Bruit pada Jumaat lalu. Foto JBPM

Remaja 14 tahun dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Kelai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DARO – Operasi mencari remaja lelaki yang hilang dipercayai dibaham buaya ketika menjala udang di Sungai Kelai, Pulau Bruit, di sini kelmarin diteruskan hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Agustine Fernando Anak Nyalong, 14, dipercayai diserang reptilia tersebut ketika keluar menjala bersama empat rakannya pada hari berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, buaya tersebut dipercayai muncul secara tiba-tiba sebelum menerkam ke arah mangsa dan menariknya ke dalam air.

“Rakan mangsa berusaha membantu namun tidak sempat, rakan-rakan mangsa turut bergegas balik ke rumah panjang untuk memaklumkan kepada penduduk setempat berhubung kejadian tersebut. Penduduk setempat bergerak ke lokasi kenadian untuk mencari mangsa yang dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, lokasi kejadian telah dikenal pasti dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan bermula semalam.

Ujarnya, operasi SAR pada semalam bermula pukul 6.30 pagi dengan sepasukan lima anggota Pasukan Keluaran Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Daro bergerak ke lokasi kejadian.

“Pasukan SAR tiba di lokasi pada pukul 7.30 pagi sebelum taklimat operasi diadakan pada pukul 8 pagi,” ujarnya.

PGO Sarawak berkata, operasi SAR mula melaksanakan pencarian pada pukul 9.09 pagi dengan radius pencarian sekitar tiga kilometer sepanjang pesisir Sungai Paloh.

“Operasi berkenaan melibatkan kerjasama Bomba, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Perbadanan Perhutanan Sarawak, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta penduduk kampung setempat,” katanya.

Tambahnya, operasi pada semalam ditangguh seketika dan disambung semula pada hari ini bermula pukul 8 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN