fbpx
Muhammad Faiz

Pas ibarat ‘kambing’ – Muhammad Faiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil menyifatkan Pas ibarat ‘kambing apabila didekati, pasti ada yang lari kerana baunya’

Beliau berkata, selagi Pas berada dalam sesuatu pakatan politik, risiko perpecahan, ketidakstabilan dasar dan krisis kepercayaan sentiasa menghantui.

Menurut beliau, UMNO pernah dikhianati Pas kerana Pas memilih Perikatan Nasional (PN) berbanding Muafakat Nasional (MN)

Terkini, kata beliau, PN juga sudah semakin nazak dan giliran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula menjadi mangsa.

“Pas adalah bom jangka dalam mana-mana hubungan politik. Sejak 1973 hingga 2025, Pas telah menyertai sekurang-kurangnya tujuh pakatan utama.

“Hampir kesemua hubungan ini tidak bertahan lama dan sering berakhir dengan konflik, perpecahan dasar atau pembubaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Faiz berkata, masalah Pas berakar pada kepimpinan dimana kesetiaan dan kualiti kepimpinan diganti dengan kepentingan diri.

Justeru, beliau mempersoalkan bagaimana Pas boleh diharapkan membela Melayu, apabila jawatan Menteri Besar menjadi rebutan seperti jawatan Perdana Menteri sebelum ini.

“Ternyata yang diperjuangkan Pas bukanlah orang Melayu, tetapi istilah Melayu dan Islam dipergunakan untuk kepentingan politik Pas,” dakwanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN