fbpx
SALAH muncul wira Mesir apabila membantu pasukan itu merakam kemenangan kedua membenam Afrika Selatan. - AFP

AFCON: Mesir pasukan pertama layak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AGADIR – Mesir menjadi pasukan pertama yang melayakkan diri ke pusingan kalah mati pada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 selepas menewaskan Afrika Selatan 1-0 di Stadium Adrar malam kelmarin.

Gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti bintang Liverpool, Mohamed Salah sudah cukup bagi memastikan kemenangan kedua Pharaohs dalam saingan Kumpulan B meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohamed Hany dilayangkan kad merah.

Salah mengakui gembira dengan kemenangan yang diraih, lebih-lebih lagi apabila menganggap Afrika Selatan menampilkan corak permainan lebih baik berbanding Mesir sepanjang perlawanan tersebut.

“Saya sangat gembira dengan keputusan hari ini (kelmarin) kerana ia bukanlah satu perlawanan yang mudah. Afrika Selatan bermain cukup baik dan mereka mendominasi hampir keseluruhan permainan.

“Kami hanya kekal dengan perancangan untuk memegang bola lebih lama dan ia membuahkan hasil. Kami berjaya mendapatkan tiga mata penting, saya harap aksi seperti ini dapat dikekalkan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Mesir, Hossam Hassan memuji barisan pemainnya yang tidak mudah berputus asa meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila tetap memberikan tentangan kepada Afrika Selatan.

“Kami berjaya mendapatkan tiga mata berdepan pasukan kuat seperti Afrika Selatan. Pemain-pemain Mesir menunjukkan kualiti sebenar yang ada pada diri mereka, kemenangan ini adalah untuk semua penyokong kami,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN