fbpx
Seorang pelajar mencuba pakaian seragam sekolah semasa Program Kembali Ke Sekolah 2026 anjuran Yayasan BHR di Pusat Pakaian Hari-Hari, Subang Perdana hari ini.

Yayasan BHR bantu persiapan 150 murid daif kembali ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yayasan Bridging Humanity Resilience (BHR) meneruskan komitmennya dalam memperkukuh akses pendidikan dengan pelaksanaan Program Kembali Ke Sekolah, bagi membantu murid sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan membuat persediaan awal sebelum sesi persekolahan bermula.

Program itu diadakan di Pusat Pakaian Hari-Hari, Subang Perdana hari ini dan seramai 150 pelajar sekolah rendah menerima manfaat melalui program tersebut.

Penaung Yayasan BHR, Rozana Zeti Basir berkata, bantuan yang disalurkan bukan sekadar memenuhi keperluan fizikal, sebaliknya turut mengambil kira aspek emosi dan psikologi kanak-kanak dalam persekitaran pembelajaran.

“Yayasan BHR melihat pelajar bukan hanya sebagai penerima bantuan, tetapi sebagai aset masa depan negara. Apabila keperluan asas persekolahan mereka dipenuhi, ia memberi kesan langsung kepada keyakinan diri, fokus pembelajaran dan kesejahteraan emosi pelajar di sekolah,” ujarnya.

Menurut beliau, pendekatan yang dilaksanakan yayasan itu bertujuan menyediakan sokongan awal yang bersesuaian supaya pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran tanpa dibebani kekangan kewangan keluarga.

Tambahnya, persiapan awal amat penting dalam membentuk sikap positif pelajar terhadap sekolah serta mengelakkan perasaan terpinggir dalam kalangan murid daripada latar belakang kurang berkemampuan.

Beliau menegaskan, kerjasama berterusan antara organisasi kebajikan, masyarakat dan sektor swasta amat diperlukan bagi memperluas impak positif terhadap pembangunan pendidikan kanak-kanak secara mampan.— KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI