PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang sanggup membantu menolak sebuah kereta rosak di tengah jalan mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @tonykuruss, seorang penghantar makanan dilihat memberhentikan motosikalnya sebelum beberapa penunggang motosikal lain turut menghentikan kenderaan masing-masing dan bergegas membantu menolak kereta yang rosak ke tepi jalan.
“Bangga jadi rakyat Malaysia. Terima kasih orang baik,” tulisnya di ruang kapsyen.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya turut memuji sikap prihatin dan saling membantu.
“Tengok macam ni pun air mata keluar. Semoga abang tiga orang ni Allah luaskan rezeki kalian,” komen Malin Hakim.
“Orang-orang motor ni memang kebanyakan baik. Masa saya kemalangan dengan suami, yang tolong semua budak naik motor. Orang yang naik kereta perlahankan kereta dan tengok saja,” kata Rena Ab Rahim.
“Selalu orang pandang rendah orang bawa motor kadang-kadang sampai menghina. Bila bab membantu, mereka lah yang selalu di hadapan membantu di mana-mana pun. Terima kasih penunggang yang baik hati, semoga menjadi asbab rezeki bertambah,” komen @mochalipstik – KOSMO! ONLINE
@tonykuruss Proud to be Malaysian🇲🇾 Terima kasih orang baik🫶🏻 #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #banjir ♬ suara asli – putra Altaf 💫














