fbpx
Tangkap layar memaparkan tangisan seorang kanak-kanak lelaki di tanah perkuburan bapanya.

[VIDEO] ‘Sedihnya siap hulur tangan nak sambut ayah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak sambil memanggil bapanya yang sedang dikebumikan.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @fadzil_shah, kanak-kanak tersebut kelihatan tidak mampu menahan sebak dan meraung memanggil bapanya ketika jenazah diturunkan ke liang lahad.

“Semoga Allah menempatkan roh abang di kalangan orang beriman. Al-Fatihah Hairul Fuzuli Zakaria (gedex),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya turut sebak dan tersentuh melihat tangisan kanak-kanak berkenaan.

“Sesaknya dada tengok dia menangis panggil ayah dia macam tu,” komen @kaka_azhar

“Dik. sakit dia sampai ke sini dik. Mak cik hilang kata-kata untuk awak. Semoga awak kuat menjalani kehidupan,” kata @miss_dingarange

“Sedihnya, tangan dia hulur nak sambut tangan ayah. Sabar ya nak,” komen @diydiyana6 – KOSMO! ONLINE

@fadzil_shah semoga Allah menempatkan roh abg di tempat kalangan orang2 beriman , Al fatihah Hairul Fazuli Bin Zakaria ( gedex ) @hairulfazulizakaria ♬ bunyi asal – LIRIK LAGU 80,90AN – M.riduan_official92

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN