fbpx
SEBUAH bas terbakar selepas berlanggar dengan lori di Chitradurga. - Foto Tangkap Layar/YouTube

10 maut, bas bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Satu kemalangan jalan raya di negeri Karnataka, selatan India, meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa selepas bas penumpang bertembung dengan sebuah lori dan terbakar, lapor akhbar Independent semalam.

Kemalangan berlaku berhampiran kampung Gorlathu di kawasan Chitradurga apabila bas yang dalam perjalanan dari ibu negeri Karnataka, Bengaluru menuju ke Shivamogga itu bertembung secara berdepan dengan sebuah lori.

Lori itu dilaporkan melanggar pembahagi jalan.

Ramai penumpang bas dipercayai sedang menuju ke destinasi tepi pantai seperti Gokarna dengan beberapa orang mahu  pulang ke kampung halaman sempena cuti Krismas.

Impak kemalangan menyebabkan bas terbakar dan memerangkap penumpang di dalamnya.

Polis berkata, sebilangan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan terbakar hidup-hidup, manakala beberapa yang lain berjaya melompat keluar sejurus selepas kemalangan berlaku, Rabu lalu.

Pegawai kanan polis, Ravikanthe Gowda berkata, bas itu membawa 32 penumpang dan sekurang-kurangnya sembilan orang berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

Pemandu bas dan pembantunya terselamat, namun pemandu lori dan kelindan terbunuh.

“Kami memecahkan cermin dan cuba melarikan diri. Penumpang menjerit ketika itu. 

“Ada yang cuba menyelamatkan orang lain, tetapi api merebak dengan cepat sehingga menyukarkan usaha menyelamat,” kata seorang mangsa terselamat yang dikenali sebagai Aditya, seperti dipetik akhbar Hindustan Times. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN