PETALING JAYA – Seorang pengusaha inap desa atau homestay terkilan apabila kediamannya ‘hancur’ dikerjakan penyewa yang dianggapnya dari ‘neraka’.
Menerusi perkongsian di media sosial, pemilik homestay tersebut dikenali sebagai Carie Tan memberitahu bahawa keadaan rumahnya bersepah dan di atas tilam dipenuhi lendir merah.
Jelas pemilik itu, pada mulanya tetamu tersebut meminta untuk melanjutkan masa menginap selama satu malam, tetapi tidak dapat dipenuhi kerana ada tetamu lain, jadi mereka diminta daftar keluar sebelum jam 12 tengah hari.
“Pekerja pembersihan yang tiba pada jam 1 petang terkejut melihat bilik dalam keadaan bersepah teruk. Tilam dan cadar ada takungan cecair merah, kelihatan seperti darah tetapi tiada bau hanyir kuat.
“Pemilik homestay cuba menghubungi tetamu tetapi gagal. Mesej yang dihantar tidak dibalas dan panggilan tidak dijawab,” kata individu tersebut.
Mengulas lanjut, pemilik homestay cuba menghubungi tetamu tetapi gagal. Mesej yang dihantar tidak dibalas dan panggilan tidak dijawab.
Pemilik homestay juga telah meminta ganti rugi sebanyak RM500 tapi tiada jawapan. Ganti rugi yang boleh dituntut melalui platform hanya RM150, jauh tidak mencukupi.
Menurutnya lagi, cadar, tilam, dan bantal terpaksa dibuang. Semua bilik dibersihkan, disanitasi, dan terpaksa beli tilam baru.
“Semua kos dan kerugian ditanggung oleh pemilik homestay.Bayangkan kalau ini rumah kamu. Bermati-matian sediakan homestay yg selesa tapi tetamu tinggalkan hancur macam ni.
“Macam mana perasaan kamu kalau ini rumah kamu?,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE














