fbpx
Tangkap layar hantaran perkongsian semakan tawaran kemasukan ke MRSM oleh ibu bapa di media sosial.

Ibu bapa teruja anak diterima MRSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi Tahun 2026 mencetuskan kegembiraan dan kesedihan dalam kalangan ibu bapa.

Menerusi hantaran pengguna Facebook, Nass Mernas bersyukur apabila anak bongsunya berjaya mengikuti jejak langkah keluarga selepas menerima tawaran ke MRSM Beseri, Perlis.

“Selamat datang ke kelab adik. Lengkap satu keluarga jadi anak Mara. Walaupun ada sekolah berasrama penuh, lima minit dari rumah, tetap buat permohonan masuk MRSM sebab ada ayah Mara,” katanya.

Dipercayai anak bongsunya menerima tawaran ke MRSM bagi kemasukan Tingkatan 1, sekali gus melengkapkan seluruh keluarga menamatkan pembelajaran di MRSM.

Selain itu, seorang lagi pengguna Facebook, Eyqa Roslan, meluahkan rasa sedih selepas anaknya menerima tawaran ke MRSM apabila mengenangkan lokasi yang jauh dari rumah.

“Alhamdulillah, kakak dapat MRSM, tapi jauh yang amat. Berbelah bahagi sangat rasanya. Anak kata ‘ikut mommy lah, kalau mommy bagi tapi jauh sangat’.

“Jauh kakak, 450 kilometer dari Rawang. Ramai kawan bagi kata semangat sebab itu MRSM terkenal dan kakak pun dah berusaha untuk ke tahap ini,” katanya.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai ibu bapa turut meluahkan rasa syukur dengan tawaran ke MRSM selain berkongsi kata-kata semangat kepada anak-anak yang terlepas peluang.

“Tahniah anakanda kami telah diterima masuk ke MRSM, tahun hadapan. Tahniah juga buat semua anak-anak yang telah diterima masuk,” komen @Iamchefmegat.

“Hari ini ramai ibu ayah gembira anak-anak terpilih masuk sekolah berasrama penuh dan MRSM. Tahniah kepada yang berjaya. Anak saya tidak berjaya tapi bukan perjuangan terakhir untuknya di sini,” komen @NurulIzza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI